Showing posts with label Family Law. Show all posts
Showing posts with label Family Law. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Macam Mane Nak Mintak Cerai Dari Suami! (Eng Vers)





There are three ways for a wife to get the divorce with her husband. There are by way of Kholo, Ta’liq and Fasakh.

A kholo divorce is affected by means the wife offers compensation out of her property for the release of marital obligations and the husband accepts it. In hadith by Ibn Abbas: where the wife of Thabit came to Holy Prophet and asking that she and Thabit cannot live together, then the Prophet said to Thabit to divorce her.

According to Section 49 of the Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984, where the husband does not agree to voluntarily pronounce a talaq, but the parties agree to a divorce by redemption, the court shall... cause the husband to pronounce a divorce by redemption...

The wife can ask for kholo provided that the court satisfied that the ground of incompatibility of temperament will cause the wife not be able to perform her obligations. In the case of Che Pah v Siti Rahmah, the wife refused to cohabit with her husband because the husband was a gambler and drunkard and did not pray. The court appointed Hakam and the agreement for kholo was obtained and the husband divorced the wife on payment of RM100.

Another way for asks the divorce is by Fasakh, which is by dissolution or rescission of marriage contract by judicial decree. According to surah al-Baqarah verse 229, “the parties shall either hold together on equitable terms or separate with kindness. In Malaysia only wife can ask for fasakh, stated in section 52 of the Islamic Family Law Act (Federal Territories); a woman married in accordance with Hukum Syara’ shall entitled to obtain an order for the dissolution of marriage if s52 (1) (e) the husband was impotent at the time of marriage and remains so and she was not aware at the time of the marriage that he was impotent.
Ta’liq. According to the Holy Quran, surah al-Maidah verse 1: “Oh you who believe! Fulfill all obligations”. As stated in Section 50 (1) of the Islamic Family Law Act (Federal Territories); A married women may, if entitled to a divorce in pursuance of the terms of ta’liq certificate made upon a marriage, apply to the Court to declare that such divorce has taken place. In the case of Rokiah v Mohamed the wife claimed cerai ta’liq as the husband had not given her maintenance. After hearing the wife and her witnesses and the husband the court gave judgment in favour of the wife and decreed a divorce by one talaq
(klu faham baguih kalau tak gune GOOGLE TRANSLATOR.. maybe grammar byk salah nih.. huhuhu)
(p/s: sila rujuk mereka yang lebih arif.. this is just an idea about divorce, PLEASE DONT PRACTICE IN YOUR LIFE... huuhu sian kat suami anda!)  

Thursday, March 3, 2011

Yes! AKU NAK KAWIN EMPAT!



wah ini memang disukai oleh lelaki, tapi mampu ke? layak ke? boleh ke?

so dalam Surah An Nissa (4:3) dan (4:219); Islam memang membenarkan kaum lelaki mengahwini lebih dari 4.. tapi mase lecture, lecturer tu ada kasi sedikit info bahawa kisah sebenar surah ini diturunkan mase itu ialah ramai lelaki yg syahid di medan perang, so untuk kesejahteraan dan keadaan si balu ni maka turunlah perintah tersebut yg membenarkan lelaki kahwin lebih dari empat..

adakah relevant pada masa kini? bagi aku relevant sangat2, bukan sebab aku gatal ke ape, cuma lelaki zaman kini berkurang bukan sebab syahid tapi suicide sebab dadah, merempit, accident, jadi gay, dan macam-mcam lagi so kesianl la kat wanita2 yg masih mencari disana (gile bajet aku nih, dah la loser ada hati nak kutuk wanita) for ladies no offence k, just nak kasi peringatan dan ia memang benar.. (klu pondan dah jadi stewardess kat thailand tak ke tercabarnya wanita zaman kini hehehe) again no offence...

so bebalik pada isu bleh kawin 4 ni atau poligami, dia mestilah ADIL, macam mane nak ADIL,?
1st. die bleh pikir sendiri (bak kate Nabil lu piki la sendiri)
2nd atau oleh orang sekeliling, atau negeri atau mahkamah.. (macam p wat survey la kate WAHAI ORANG KAMPUNG, ADAKAH AKU NI ADIL DAN BOLEH KAWIN 4, konferm kene baling ngan lesung batu.. hahaha)

klu ikut undang-undang Malaysia, section 23 dan 123 of Akta Keluarga Islam (wp) mahkamah yg akan benarkan samaada die layak kawin lebih dari 1 atau tidak... sebab tu la ramai org2 yg nak kawin lagi satu nih pi kawin kat tempat lain sebab susah sgt kt Malaysia nih... (ikut Islam xsalah perkahwinan tu just xdiiktiraf Malaysia la... yela kang kene tangkap basah kate dah kawin tp IC nikah xda, pastu bile cerai lak, si isteri tak bleh la nak tuntut kat mahkamah.)

tapi buat sape yg nak kawin 4 ceh pk, sedang Baginda pun tidak dapat berlaku adil dalam memberi kasih sayang (dimana Baginda lebih sayangkan Aisyah dari yg lain) inikan pulak kite yg manusia biase nih. (based on hadith yg disampaikan oleh lecturer aku, sources of hadith tu aku xsempat salin) pastu dalam buku Family Law ni ada cite skit dimana BAGINDA hanya berkahwin dengan janda dan seorang anak yatim piatu (Aisyah) so dah terangkan apa tujuan POLIGAMI. bukan nak main suke suke je nak kawin 4 nih.. 
ni tak pantang Anak Dara yg Dahi licin, ajak kawin lalu.. hehehe

(p/s: aku terpikir kenape dahi licin??? so please jganla nak poligami klu Baginda tidak mampu memberi kasih sayang yang adil inikan pula kita manusia yg alpa... sekian)

Wednesday, March 2, 2011

Isteri Yang Boleh Dikahwini??? (Revision Post part 2)


Ok so tunang dah skang pasal pasangan yg bleh kite kawin ikut Islam dan Undang-undang Malaysia.....
Klu pasal husband senang je Islam dan sebagainye and klu bukan Islam suh la masuk Islam dulu... 
tapi bagi lelaki oleh sebab cerewet dan memilih.. (aku x k, lol) so mesti la nak kawin ngan anak mat salleh la, amoi la, hindustan la, xpun minah yg xberagama... so please alert.

Mcm bese klu rujuk Al-Quran:
Surah Al-Baqarah:(2:221) kesimpulannya.. kahwinilah wanita yg dipercayai..

tapi yang menjadi controversi sampai aku pun jadi mental jap pikir pasal nih ialah isu perkahwinan SHAH RUHK KHAN ngan KAJOL dalam MY NAME IS KHAN.... banyak masyarakat Islam terutama lelaki (bnyak ke? or aku just buat auta) yg pikir boleh ke kawin ngan bukan Islam dan si gadis masih mengikuti agama asal... so THE ANSWER IS...

NO in MALAYSIA... 
dalam section 10 Akta Keluarga Islam (WP). 
(1) no man shall marry a non-Muslim except a Kitabiyah.
(2) no women shall marry a non-Muslim.
so dah terang lagi bersuluh TAK BOLEH ok.. klu tak zina la selama perkahwinan tu.. so masuk Islam baru boleh...

lagi satu issue, KAJOL tu Kitabiyah ke so die takyah masuk Islam... dlm Akta yg sama maksud KITABIYAH di perjelaskan dalam section 2.
" a woman whose ancestor were from Bani Ya'kub"
"a Christian women whose ancestors were Christians before the prophethood of the Prophet Muhammad"
"a Jewess whose ancestors were Jews before the prophethood of the Prophet Isa"
so kat sini maksudnya.. lelaki bleh kawin ngan org bukan pure Islam tetapi seorang Kitabiyah iaitu keturunan Bani Ya'kub atau Christian b4 Nabi Muhammad atau Yahudi yg keturunan agamanya sebelum Nabi Isa... (klu translate korang pun bleh) tapi aku pun tak berapa faham sangat situasi ni so kesimpulannya kitabiyah ni wanita yg datuk nenek nye beragama kristian sebelum datangnya Muhammad SAW dan wanita yahudi yg datuk nenek nye beragama yahudi sebelum kedatangan Nabi Isa AS...

Case die:
Abdul Razak v Maria Menado; dalam kes ni keturunan Maria Menado ni bukan dari keturunan Kristian yang asal sebab keturunan Maria ni dah tukar ke Kristian selepas Nabi Muhammad SAW, so perkahwinan mereka terbatal. (p/s: tapi lepas case tuh, Maria masuk Islam dan bahagia bersama suaminya...)

So the Conclusion is, kepada lelaki termasuklah aku, xpayah la cari gadis yg agama lain, Gadis Melayu masih ramai kot, (klu dpt non-Muslim pastu masuk Muslim kredit for that guy!) nak mudah tengok mcm Akta Keluarga Islam Kelantan :
NO MALE PERSON CAN MARRY A PERSON WHO IS NOT A MUSLIM, kan mudah... tak berbelit ngan Kitabiyah nih... jom pakat ramai2 KAWIN.

Nak Tunang Ke Tak? (Revision Post Part 1)


Bertunang atau dalam bahasa inggeris nye Betrothal... so aku nak share la skit sambil kongsi-kongsi ngan rakan-rakan pembaca sekalian.. Bertunang klu for ladies die memang suke, mane taknye ngan hantaran yg berbagai-bagai, yg kita sebagai laki plak parak gile memikirkan status kewangan... (sepanjang aku tgk hantaran kawin kakak2 aku yg 2 org tu, yg laki dpt makanan yg pompuan lak dpt makeupla, handphone la... aku pun pelik pesal la nak demand walhal ko kawin ngan laki atas dasar cinta, hampeh tol! pastu yg lagi xbleh blah ada yg sanggup nak wat pinjaman asalkan perkahwinan GRAND pastu dah kawin hutang keliling pinggang sampai susu anak pun kene catu... hahaha)

So ada bahayanye tunang nih terutama bagi kaum lelaki n for ladies ini adalah peluang anda tok hak anda as stated dlm undang-undang Malaysia.. so keep reading:

dlm s15 Akta Keluarga Islam, katenye Bertunang tu adalah contract so if u breach the contract u can be sue.. saman jangan tak saman.. tapi isunye bukan pasal saman tapi berapa byk yang korang bleh saman...

tok menyaman orang yg breach contract nih mestila kene ikut syarat-syaratnye...

1. bertunang tu mesti ikut Hukum Syara'

2. dan orang yg breach tu mesti tidak mempunyai alasan yang kukuh kenapa nak putus tunang (antara alasan kukuh, DIA CURANG NGAN SAYE! hehe).
ni semua dalam s 15 gak...

dan ingat yang korang bleh claim atau tuntut jika berlaku putus tunang hanyalah tuntutan yg munasabah (good faith la,) macam yg munasabah tu kite tngok la Hakim ckp ape ye... ni klu putus tunang nak claim pe trim rambut bagi aku x munasabah kot...

so ini adalah case-case mahkamah yg kate tuntutan tu munasabah:

Jamah v Jamaluddin, mahkamah kate bleh tuntut mas kawin, cincin tunang dan perbelanjaan perkahwinan.

Salbiah v Hi Othman, si lelaki ni nak putus tunang, so si gadis ni tutut la... apa yang die tuntut? perlanja makan kenduri to 500 org, ubahsuai rumah termasuk bilik air dan cat rumah hanya tok bakal pengantin dan jugak tuntut malu (macam saman malu la). so mahkamah kasi separuh dari tu sebab 1st dalam resit tuh tarikh ubah suai pintu gate jauh dri tarikh pertunangan so melampau gak r si gadis nih claim, pastu tok saman malu lak, xbleh sebab mahkamah takde bidang kuasa, 
(p/s: saman malu hanya di mahkamah sivil bukan syariah k. so klu still nak saman p la mahkamah sivil...)

dalam Mazhab lak:
Hanafi : Hantaran tu bleh di tuntut sekiranya tiada perubahan pada hantaran tu, ie cincin ke, pastu macam kain yg dah dibuat baju so xyah la kasi baju tuh je.

Maliki : Klu yg bersalah tu lelaki (si laki yg nak putus) die takda hak nak mintak balik tapi klu pompuan yg wat hal die bleh la claim tok barang yg masih wujud...

Shafie : klu barang tu still ada kene pulangkan kembali klu putus tunang tapi klu barang tu xda kene ganti ngan nilai yang sama.

So si gadis b4 korang tunang better mintak barang murah2 sebab andai kate korang yg mintak putus, ada ke duit nak bayor balik.. kite kan ikut Shafie.. hehehe tok lelaki yg SETIA kasi je barang mahal2 if die yg mintak putus korang takla rugi bleh claim balik.. cume rugi nak bayar lawyer je..

(p/s: aku xtau la labu...... lagi murah lagi baguih kot..... lol... PULANGKAN.. PULANGKAN.. kata si pontianak kepada husband die yg curang.. lol)

Saturday, February 19, 2011

Macam Mane Nak Kawin Jika Bapa Tak Setuju Tapi Sah Dalam Malaysia

my property


Assalamualaikum wbt

Cinta anda terhalang? Nak kawin ngan si dia, tapi family dia menghalang... nak tau macam mane caranye....

Klu ikut undang-undang Malaysia, kalau nak kawin mesti ada kebenaran dari si wali, biasanya bapa si gadis la. Tapi kalau si bapa menghalang biasanye pasangan akan ambil jalan mudah dengan berkahwin di Negara jiran (iaitu Thailand) dari segi syarak ia tidak salah tapi masalah timbul bagi undang-undang di Malaysia.

Yela kalau kawin tu tak sah di sisi undang-undang, maka ia tidak boleh didaftarkan dan jika berlaku penceraian, si isteri tidak boleh menuntut hak mereka kerana perkahwinan mereka tidak sah dan tidak di daftar di Malaysia...

So untuk mendapat hak si isteri dalam undang-undang Malaysia jika perkahwinan mereka tidak disetujui oleh wali si isteri, so ada beberapa cara agar perkahwinan yg berlangsung tanpa persetujuan wali si isteri mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang Malaysia dan perkahwinan itu didaftar... caranya ialah:

1. Menukar mazhab anda:

Jika mengikut undang-undang Malaysia, Islam di Malaysia adalah Mazhab Shafie dimana perkahwinan tidak sah jika tiada persetujuan wali. Namun jika si gadis membuktikan bahawa dia mengamalkan mazhab lain seperti mazhab Hanafi; dimana kebenaran wali tidak diperlukan dalam perkahwinan kecuali jika si gadis bawah umur... so conclusionya, si gadis tukar la mazhab Hanafi so bleh la kawin ngan kekasih anda walaupun tidak disetujui wali. Dengan menukar mazhab anda akan dapat wali raja (wali dari jabatan agama la biasanye iaitu wali yg diakui oleh Raja). Contoh kes ialah Salmah v Soolong, dimana mahkamah membenarkan perkahwinan mereka kerana si isteri telah menukar mazhab Syafie kepada Hanafi.

2. Melakukan pernikahan itu lebih dari 90KM dari tempat wali anda berada:

Ini kerena apabila berada 2 marhalah (90KM) jauh dari wali maka si gadis boleh memohon wali raja agar perkahwinan sah di sisi undang-undang. Ini cara yang biasa orang guna, slalunya orang KL wat kahwin kat Terenggganu.. hehehe. Contoh kes Hashim v Fatimah, dimana mahkamah membatalkan perkahwinan mereka kerana jarak kurang 2 marhalah (90KM).

3. Si gadis membuktikan bahawa Si Wali tidak ada alasan yang munasabah kenapa perkahwinan itu tidak boleh di jalankan:

Ini alasan yang agak sukar kerana mungkin wali si gadis tu seorang yg ulama, lain la klu bapak si gadis  tu memang tak sembahyang langsung baru senang nak mintak wali raja. Ataupun katekanlah kekasih anda ni seorang yg baik, bertanggungjawab, ada kewangan kukuh dan apa saja yang baik, so bolehla si gadis mitak wali raja kerana memang terbukti si lelaki itu baik dan si wali (bapa) gagal buktikan yang lelaki itu sebaliknya... so korang boleh la kawin tanpa persetujuan si bapa.

(p/s: mengikut seksyen 7 Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) perkahwinan mesti mengikut Hukum Syara’ dengan kehadiran wali, dan mengikut seksyen 13 Akta yang sama perkahwinan berdaftar sekiranya wali bersetuju. So if korang nak perkahwinan berdaftar di Malaysia tapi tidak disetujui oleh wali si gadis.. so gunalah cara yang diberikan... Ingat dari segi Islam tidak menjadi masalah bagi perkahwinan tersebut Cuma jika salah di sisi undang-undang Malaysia, ia tidak boleh didaftarkan dan ini menimbulkan masalah jika berlaku penceraian, si isteri tak dapat tuntut hak mereka sebab perkahwinan mereka hanya sah di Hukum Syara’ tapi tidak sah di undang-undang Malaysia.. sekian)

Aku tulis nih just information dan juga membantu aku mengingat tok test bulan 3 nih.. hehehe 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...