There was an error in this gadget

Thursday, May 19, 2011

Kisah Benar : Asal Usul Lagu Alhamdulillah by Too Phat!


Al-Kisah.... mase aku form 4 and form 5, aku belajar di sebuah maktab MRSM. Salah satu guru aku yang paling aku ingat ialah SIR IBRAHIM. Sape die ni? mulanya kami tak kenal pun, sehinggalah senior memberitahu tu BAPAK MALIQUE TOO PHAT! What! Beliau merupakan seorang guru BAHASA INGGERIS, atau kata Usop Wilcha, English Education.. hehe.. so beliau pernah mengajar aku selama setahun....

Mulut beliau memang lepas and super lawak... die slalu sound budak kelas aku, mengejek dan sebagainye.. tapi kami tak makan hati sebab HE IS THE BEST! no wonder english ktorg pun upla skit dari level rendah ke tahap dewa.. hehe (bangga sat).. Mangsa utama beliau untuk dijadikan bahan jenaka ialah aku- "Rahimi, u ni bila nak kurus, u kene ikut macam i, JOGGING.. " kemudian jadi aku dijadikan mangsa tok angkat buku as an exercise.. lepas tu mangsa berikut beliau  ialah FATIN, since si gadis ni power speaking, beliau sering tanya, "ATIN dah makan belum TIN" setiap kali masuk kelas.. gatal gak beliau nih, but sempoi!.. pastu mangsa yang slalu/pernah dok bawah meja beliau ialah Hanif, Syaqif, Wak eng, Dek big, dan Loq.. memang lawak... (aku dah lari tajuk sebenar)..

so aku slalu la p meja guru beliau, and terbukti memang penuh gambo beliau dan anak beliau MALIQUE TOO PHAT, dah la pandai, bapak pun pandai, no wonder super power in english (p/s Malique belajar kat MRSM TAIPING, iaitu MRSM Bitara = excellent student je bleh masuk)

so satu hari die pernah bawak kete Malique datang skoll... pergh terliur nengok kete tersebut.. pastu beliau cerita kat class aku.. "U guys tahu tak macam mane Malique buat lirik?" ktorg pun excited nak dengar... "I ada tanye die, u buat lirik macam mane? then die tarik I pergi toilet"... "Pa, kat sini la Malique dapat ilham buat lagu tu"... dengan ketawa beliau cerita kat kami, "rupanya anak I dapat ilham mase tengok tingkap kat dalam toilet, and from that window u can see KL city, and thats how he get the word
 
merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa
ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
 
tapi u guys nak tahu, I sendiri tak pernah dapat album free dari Malique, I beli sendiri tau.." sambung beliau lagi.. (sebagai Ayah mestila support anak die.. hehe).. dan masih segar dalam ingatan aku, bahawa BELIAU merupakan GURU pertama yang RAP lagu Alhamdulillah mase performance Hari Guru dulu.... Sir Ibrahim, U R THE BEST!
(skang susah betul nak dengar lagu rap yang berunsurkan ISLAM dari artis Malaysia....... Fabulous Cat = OUT, KRU = OUT, cuma Ana Raffali je kot yang stakat ni popular lagu couple tuh.. huhu) 

(p/s: sumber ini adalah benar dari Ayah Malique TOO PHAT sendiri, jika ada kesilapan atau cacat cela, sila berjumpa dengan Malique sendiri atau ayah beliau, kerana aku takut mungkin mase aku dengar tu, aku ngah mamai tertido dalam kelas plus kisah ni pada tahun 2005 dulu so dah hampir 6 tahun, mane tau kot memory aku nih buat hal skit....)
Sekian.... Lagu Alhamdulillah by Too Phat memang mendalam maknanya.....

12 comments:

  1. wow..bpk pon sporting mynyi..rupenye malique mewarisi bpk die la tu, hehe

    ReplyDelete
  2. terbek r anak ngn bapak..tabik spring spring r..hehehe..thanx share..:)

    ReplyDelete
  3. pergh.thanks ofr sharing.baru tahu asal usul lagu ni

    ReplyDelete
  4. huhu... ni cam aku ar ni, selalu dapat ilham masa kat toilet.

    ReplyDelete
  5. lagu2 kump too phat mmg best..ada mkna yg tersirat..menyampaikan sifat2 manusia dlm dunia ni

    ReplyDelete
  6. aq sbg warga mrsm taiping berasa bangga seketika..haha

    ReplyDelete
  7. haha his real name is not malique actually..(source obtain from majalah maktab :D)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Same here. Ex mrsm muar 2002/2003. Sir Ibrahim jugak yang ajar english masa form 5. Mulut lepas tapi super funny. Masa tu too phat tengah nak up. So dia memang selalu bangga dengan malique. And cerita macam macan pengalaman too phat dekat satu class. Good old days.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...