Seringkali ku melihat dan memikirkan apa akan jadi seterusnya. Kenape dunia ini dijadikan? Kenapa manusia bersungguh-sungguh mencari duniawi? Adakah kita telah lupa akan tujuan kita dilahirkan sebenarnya? Mungkin ada rakan-rakanku yg membaca akan mula berkata "bajet gila Pert ni?". Ya mungkin aku tidak layak bersuara. Sedangkan blog ini juga ada cacat celanya sehingga terlalu membawa pembaca ke perkara yang melalaikan. Aku tahu aku tidak layak berkata kerana aku sendiri bukan seorang ulama' terkenal mahupun insan yang taat pada-Nya. Tapi yang aku harapkan hanyalah untuk menyampaikan mesej bagi mereka yang mahu menerimanya. Sesungguhnya DUNIA INI HANYA PENJARA. Namun mungkin akan benar kata2 seorang hamba Allaah ini yg menyatakan andai kita tidak menguasai ekonomi atau kekayaan dunia ini, barangkali Islam tidak dapat diselamatkan. Lihatlah apabila kuasa kafir menguasai dunia, hiburan tanpa batasan telah banyak membuatkan umat Islam lalai dan lupa akan kehendak agama, maka aku ingin menyampaikan suatu berita yang sesungguhnya BENAR! Bangunlah lah wahai UMAT MUHAMMAD, tajamkan pemikiranmu, tetapkanlah iman mu, demi AKHIRAT kelak!
orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. Al A'raaf 7:51
Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (surga) lalu ia memperolehnya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi; kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)? Al Qashash 28:61 (Maksudnya: orang yang diberi kenikmatan hidup duniawi, tetapi tidak dipergunakannya untuk mencari kebahagiaan hidup di akhirat, karena itu dia di akhirat diseret ke dalam neraka.)
Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal. Asy Syuura 42:36
Jika dilihat dari filem2 barat yang memaparkan kemusnahan dunia berjaya membuat penonton berasa takut dan insaf sebentar namun ia hanya sementara, adakah kita benar-benar bersedia bagi menghadapi TIUPAN SANGKAKALA PERTAMA dan menghadap-NYA pada TIUPAN YANG KEDUA.. renung-renungkan.
Dunia penjara orang mukmin dan surga orang kafir
(p/s: saya mungkin tak layak berceramah, tapi hanya memberi peringatan, Sila rujuk kepada yang lebih ilmiah. Klu anda lihat filem 2012 dan Knowing, adakah itu akhir zaman? renung2kan dan selamat beramal.!)
Terlalu ramai yang dah mula kejar kemewahan dunia sampai lupa tentang akhirat. Hurm.. Dah terlalu ramai yang lalai.
ReplyDeletebetul2..kite sndri kdg2 lalai dgn dunia ni..tp sharing smthg mcm ni bgus la..sbb buat stiap yg bace tmasuk sy tsedar dr terus leka..
ReplyDelete