Showing posts with label Law. Show all posts
Showing posts with label Law. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Rahsia UiTM Jadi Popular (ALERT!)

UiTM atau nama panjangnye Universiti Teknologi MARA memang tak lekang dari bibir orang ramai, pelajar, keluarga, rakan artis, media dan ahli politik, semua cerita mengenai UiTM. Jika anda ingin tahu, UiTM dijaga kerana ia adalah hak dalam Artikel 153 dalam perlembagaan Malaysia. UiTM adalah hak Melayu dan Bumiputera so dont mess with UiTM.. so macam mane UiTM ni popular? klu nak tahu sila lihat gambar dan penerangan berikut:

Pertama dari segi YURAN.. UiTM adalah Universiti AWAM yang PALING MURAH di Malaysia


Kedua bilangan CAWANGAN yang sgt banyak, hampir setiap negeri di Malaysia ada UiTM


Ketiga banyak Artis kelahiran UiTM even berbeza dari course yang diambil


Keempat confirmlah education yang bertaraf WORLD CLASS and ia terbukti ok!


Kelima atau terakhir ialah carian di GOOGLE ialah about 5,640,000 results (0.05 seconds) termasuklah dari yang baik ke kurang senang (ie: WHINE UP ni semua punca dak2 uitm yang tak berdisiplin) lalala...


maka dengan itu jika anda salah seorang pelajar UiTM jagalah tatasusila tu, bile dapat kolej jangan la nak complaint je ingat la UITM U PALING MURAH DI MALAYSIA, klu dah kaya dok la luar , beri la kemudahan tu kat mereka yang memerlukan.. pastu klu yang complaint pasal TRAFFIC JAM kat UITM tu jangan la complaint gak.. dah kate student ramai, yang kaya raya bawak kete campur ngan staff ngan lecture, makcik cleaner, tukang kebun memang la jam so naiklah bus.. klu dah bangun lambat salahkan diri sendiri... so buat mereka yang bakal masuk UITM terima la U ini seadanya jangan nak complaint2 ingat U ni MURAH dan MEREKA YANG BERSTATUS MALAY AND BUMIS je dapat, syukur r skit! klu nak sangat kemudahan yang power2 MASUK LA UNIVERSITY SWASTA WEI, JANGAN SEMAK KAT UITM! UiTM untuk membantu mereka yang memerlukan bukan yang KAKI COMPLAINT!

SAYA SAYANG UITM dan UITM DIHATIKU sekian.

Thursday, March 3, 2011

Yes! AKU NAK KAWIN EMPAT!



wah ini memang disukai oleh lelaki, tapi mampu ke? layak ke? boleh ke?

so dalam Surah An Nissa (4:3) dan (4:219); Islam memang membenarkan kaum lelaki mengahwini lebih dari 4.. tapi mase lecture, lecturer tu ada kasi sedikit info bahawa kisah sebenar surah ini diturunkan mase itu ialah ramai lelaki yg syahid di medan perang, so untuk kesejahteraan dan keadaan si balu ni maka turunlah perintah tersebut yg membenarkan lelaki kahwin lebih dari empat..

adakah relevant pada masa kini? bagi aku relevant sangat2, bukan sebab aku gatal ke ape, cuma lelaki zaman kini berkurang bukan sebab syahid tapi suicide sebab dadah, merempit, accident, jadi gay, dan macam-mcam lagi so kesianl la kat wanita2 yg masih mencari disana (gile bajet aku nih, dah la loser ada hati nak kutuk wanita) for ladies no offence k, just nak kasi peringatan dan ia memang benar.. (klu pondan dah jadi stewardess kat thailand tak ke tercabarnya wanita zaman kini hehehe) again no offence...

so bebalik pada isu bleh kawin 4 ni atau poligami, dia mestilah ADIL, macam mane nak ADIL,?
1st. die bleh pikir sendiri (bak kate Nabil lu piki la sendiri)
2nd atau oleh orang sekeliling, atau negeri atau mahkamah.. (macam p wat survey la kate WAHAI ORANG KAMPUNG, ADAKAH AKU NI ADIL DAN BOLEH KAWIN 4, konferm kene baling ngan lesung batu.. hahaha)

klu ikut undang-undang Malaysia, section 23 dan 123 of Akta Keluarga Islam (wp) mahkamah yg akan benarkan samaada die layak kawin lebih dari 1 atau tidak... sebab tu la ramai org2 yg nak kawin lagi satu nih pi kawin kat tempat lain sebab susah sgt kt Malaysia nih... (ikut Islam xsalah perkahwinan tu just xdiiktiraf Malaysia la... yela kang kene tangkap basah kate dah kawin tp IC nikah xda, pastu bile cerai lak, si isteri tak bleh la nak tuntut kat mahkamah.)

tapi buat sape yg nak kawin 4 ceh pk, sedang Baginda pun tidak dapat berlaku adil dalam memberi kasih sayang (dimana Baginda lebih sayangkan Aisyah dari yg lain) inikan pulak kite yg manusia biase nih. (based on hadith yg disampaikan oleh lecturer aku, sources of hadith tu aku xsempat salin) pastu dalam buku Family Law ni ada cite skit dimana BAGINDA hanya berkahwin dengan janda dan seorang anak yatim piatu (Aisyah) so dah terangkan apa tujuan POLIGAMI. bukan nak main suke suke je nak kawin 4 nih.. 
ni tak pantang Anak Dara yg Dahi licin, ajak kawin lalu.. hehehe

(p/s: aku terpikir kenape dahi licin??? so please jganla nak poligami klu Baginda tidak mampu memberi kasih sayang yang adil inikan pula kita manusia yg alpa... sekian)

Wednesday, March 2, 2011

Isteri Yang Boleh Dikahwini??? (Revision Post part 2)


Ok so tunang dah skang pasal pasangan yg bleh kite kawin ikut Islam dan Undang-undang Malaysia.....
Klu pasal husband senang je Islam dan sebagainye and klu bukan Islam suh la masuk Islam dulu... 
tapi bagi lelaki oleh sebab cerewet dan memilih.. (aku x k, lol) so mesti la nak kawin ngan anak mat salleh la, amoi la, hindustan la, xpun minah yg xberagama... so please alert.

Mcm bese klu rujuk Al-Quran:
Surah Al-Baqarah:(2:221) kesimpulannya.. kahwinilah wanita yg dipercayai..

tapi yang menjadi controversi sampai aku pun jadi mental jap pikir pasal nih ialah isu perkahwinan SHAH RUHK KHAN ngan KAJOL dalam MY NAME IS KHAN.... banyak masyarakat Islam terutama lelaki (bnyak ke? or aku just buat auta) yg pikir boleh ke kawin ngan bukan Islam dan si gadis masih mengikuti agama asal... so THE ANSWER IS...

NO in MALAYSIA... 
dalam section 10 Akta Keluarga Islam (WP). 
(1) no man shall marry a non-Muslim except a Kitabiyah.
(2) no women shall marry a non-Muslim.
so dah terang lagi bersuluh TAK BOLEH ok.. klu tak zina la selama perkahwinan tu.. so masuk Islam baru boleh...

lagi satu issue, KAJOL tu Kitabiyah ke so die takyah masuk Islam... dlm Akta yg sama maksud KITABIYAH di perjelaskan dalam section 2.
" a woman whose ancestor were from Bani Ya'kub"
"a Christian women whose ancestors were Christians before the prophethood of the Prophet Muhammad"
"a Jewess whose ancestors were Jews before the prophethood of the Prophet Isa"
so kat sini maksudnya.. lelaki bleh kawin ngan org bukan pure Islam tetapi seorang Kitabiyah iaitu keturunan Bani Ya'kub atau Christian b4 Nabi Muhammad atau Yahudi yg keturunan agamanya sebelum Nabi Isa... (klu translate korang pun bleh) tapi aku pun tak berapa faham sangat situasi ni so kesimpulannya kitabiyah ni wanita yg datuk nenek nye beragama kristian sebelum datangnya Muhammad SAW dan wanita yahudi yg datuk nenek nye beragama yahudi sebelum kedatangan Nabi Isa AS...

Case die:
Abdul Razak v Maria Menado; dalam kes ni keturunan Maria Menado ni bukan dari keturunan Kristian yang asal sebab keturunan Maria ni dah tukar ke Kristian selepas Nabi Muhammad SAW, so perkahwinan mereka terbatal. (p/s: tapi lepas case tuh, Maria masuk Islam dan bahagia bersama suaminya...)

So the Conclusion is, kepada lelaki termasuklah aku, xpayah la cari gadis yg agama lain, Gadis Melayu masih ramai kot, (klu dpt non-Muslim pastu masuk Muslim kredit for that guy!) nak mudah tengok mcm Akta Keluarga Islam Kelantan :
NO MALE PERSON CAN MARRY A PERSON WHO IS NOT A MUSLIM, kan mudah... tak berbelit ngan Kitabiyah nih... jom pakat ramai2 KAWIN.

Saturday, February 19, 2011

Macam Mane Nak Kawin Jika Bapa Tak Setuju Tapi Sah Dalam Malaysia

my property


Assalamualaikum wbt

Cinta anda terhalang? Nak kawin ngan si dia, tapi family dia menghalang... nak tau macam mane caranye....

Klu ikut undang-undang Malaysia, kalau nak kawin mesti ada kebenaran dari si wali, biasanya bapa si gadis la. Tapi kalau si bapa menghalang biasanye pasangan akan ambil jalan mudah dengan berkahwin di Negara jiran (iaitu Thailand) dari segi syarak ia tidak salah tapi masalah timbul bagi undang-undang di Malaysia.

Yela kalau kawin tu tak sah di sisi undang-undang, maka ia tidak boleh didaftarkan dan jika berlaku penceraian, si isteri tidak boleh menuntut hak mereka kerana perkahwinan mereka tidak sah dan tidak di daftar di Malaysia...

So untuk mendapat hak si isteri dalam undang-undang Malaysia jika perkahwinan mereka tidak disetujui oleh wali si isteri, so ada beberapa cara agar perkahwinan yg berlangsung tanpa persetujuan wali si isteri mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang Malaysia dan perkahwinan itu didaftar... caranya ialah:

1. Menukar mazhab anda:

Jika mengikut undang-undang Malaysia, Islam di Malaysia adalah Mazhab Shafie dimana perkahwinan tidak sah jika tiada persetujuan wali. Namun jika si gadis membuktikan bahawa dia mengamalkan mazhab lain seperti mazhab Hanafi; dimana kebenaran wali tidak diperlukan dalam perkahwinan kecuali jika si gadis bawah umur... so conclusionya, si gadis tukar la mazhab Hanafi so bleh la kawin ngan kekasih anda walaupun tidak disetujui wali. Dengan menukar mazhab anda akan dapat wali raja (wali dari jabatan agama la biasanye iaitu wali yg diakui oleh Raja). Contoh kes ialah Salmah v Soolong, dimana mahkamah membenarkan perkahwinan mereka kerana si isteri telah menukar mazhab Syafie kepada Hanafi.

2. Melakukan pernikahan itu lebih dari 90KM dari tempat wali anda berada:

Ini kerena apabila berada 2 marhalah (90KM) jauh dari wali maka si gadis boleh memohon wali raja agar perkahwinan sah di sisi undang-undang. Ini cara yang biasa orang guna, slalunya orang KL wat kahwin kat Terenggganu.. hehehe. Contoh kes Hashim v Fatimah, dimana mahkamah membatalkan perkahwinan mereka kerana jarak kurang 2 marhalah (90KM).

3. Si gadis membuktikan bahawa Si Wali tidak ada alasan yang munasabah kenapa perkahwinan itu tidak boleh di jalankan:

Ini alasan yang agak sukar kerana mungkin wali si gadis tu seorang yg ulama, lain la klu bapak si gadis  tu memang tak sembahyang langsung baru senang nak mintak wali raja. Ataupun katekanlah kekasih anda ni seorang yg baik, bertanggungjawab, ada kewangan kukuh dan apa saja yang baik, so bolehla si gadis mitak wali raja kerana memang terbukti si lelaki itu baik dan si wali (bapa) gagal buktikan yang lelaki itu sebaliknya... so korang boleh la kawin tanpa persetujuan si bapa.

(p/s: mengikut seksyen 7 Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) perkahwinan mesti mengikut Hukum Syara’ dengan kehadiran wali, dan mengikut seksyen 13 Akta yang sama perkahwinan berdaftar sekiranya wali bersetuju. So if korang nak perkahwinan berdaftar di Malaysia tapi tidak disetujui oleh wali si gadis.. so gunalah cara yang diberikan... Ingat dari segi Islam tidak menjadi masalah bagi perkahwinan tersebut Cuma jika salah di sisi undang-undang Malaysia, ia tidak boleh didaftarkan dan ini menimbulkan masalah jika berlaku penceraian, si isteri tak dapat tuntut hak mereka sebab perkahwinan mereka hanya sah di Hukum Syara’ tapi tidak sah di undang-undang Malaysia.. sekian)

Aku tulis nih just information dan juga membantu aku mengingat tok test bulan 3 nih.. hehehe 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...