Saturday, February 19, 2011

Macam Mane Nak Kawin Jika Bapa Tak Setuju Tapi Sah Dalam Malaysia

my property


Assalamualaikum wbt

Cinta anda terhalang? Nak kawin ngan si dia, tapi family dia menghalang... nak tau macam mane caranye....

Klu ikut undang-undang Malaysia, kalau nak kawin mesti ada kebenaran dari si wali, biasanya bapa si gadis la. Tapi kalau si bapa menghalang biasanye pasangan akan ambil jalan mudah dengan berkahwin di Negara jiran (iaitu Thailand) dari segi syarak ia tidak salah tapi masalah timbul bagi undang-undang di Malaysia.

Yela kalau kawin tu tak sah di sisi undang-undang, maka ia tidak boleh didaftarkan dan jika berlaku penceraian, si isteri tidak boleh menuntut hak mereka kerana perkahwinan mereka tidak sah dan tidak di daftar di Malaysia...

So untuk mendapat hak si isteri dalam undang-undang Malaysia jika perkahwinan mereka tidak disetujui oleh wali si isteri, so ada beberapa cara agar perkahwinan yg berlangsung tanpa persetujuan wali si isteri mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang Malaysia dan perkahwinan itu didaftar... caranya ialah:

1. Menukar mazhab anda:

Jika mengikut undang-undang Malaysia, Islam di Malaysia adalah Mazhab Shafie dimana perkahwinan tidak sah jika tiada persetujuan wali. Namun jika si gadis membuktikan bahawa dia mengamalkan mazhab lain seperti mazhab Hanafi; dimana kebenaran wali tidak diperlukan dalam perkahwinan kecuali jika si gadis bawah umur... so conclusionya, si gadis tukar la mazhab Hanafi so bleh la kawin ngan kekasih anda walaupun tidak disetujui wali. Dengan menukar mazhab anda akan dapat wali raja (wali dari jabatan agama la biasanye iaitu wali yg diakui oleh Raja). Contoh kes ialah Salmah v Soolong, dimana mahkamah membenarkan perkahwinan mereka kerana si isteri telah menukar mazhab Syafie kepada Hanafi.

2. Melakukan pernikahan itu lebih dari 90KM dari tempat wali anda berada:

Ini kerena apabila berada 2 marhalah (90KM) jauh dari wali maka si gadis boleh memohon wali raja agar perkahwinan sah di sisi undang-undang. Ini cara yang biasa orang guna, slalunya orang KL wat kahwin kat Terenggganu.. hehehe. Contoh kes Hashim v Fatimah, dimana mahkamah membatalkan perkahwinan mereka kerana jarak kurang 2 marhalah (90KM).

3. Si gadis membuktikan bahawa Si Wali tidak ada alasan yang munasabah kenapa perkahwinan itu tidak boleh di jalankan:

Ini alasan yang agak sukar kerana mungkin wali si gadis tu seorang yg ulama, lain la klu bapak si gadis  tu memang tak sembahyang langsung baru senang nak mintak wali raja. Ataupun katekanlah kekasih anda ni seorang yg baik, bertanggungjawab, ada kewangan kukuh dan apa saja yang baik, so bolehla si gadis mitak wali raja kerana memang terbukti si lelaki itu baik dan si wali (bapa) gagal buktikan yang lelaki itu sebaliknya... so korang boleh la kawin tanpa persetujuan si bapa.

(p/s: mengikut seksyen 7 Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) perkahwinan mesti mengikut Hukum Syara’ dengan kehadiran wali, dan mengikut seksyen 13 Akta yang sama perkahwinan berdaftar sekiranya wali bersetuju. So if korang nak perkahwinan berdaftar di Malaysia tapi tidak disetujui oleh wali si gadis.. so gunalah cara yang diberikan... Ingat dari segi Islam tidak menjadi masalah bagi perkahwinan tersebut Cuma jika salah di sisi undang-undang Malaysia, ia tidak boleh didaftarkan dan ini menimbulkan masalah jika berlaku penceraian, si isteri tak dapat tuntut hak mereka sebab perkahwinan mereka hanya sah di Hukum Syara’ tapi tidak sah di undang-undang Malaysia.. sekian)

Aku tulis nih just information dan juga membantu aku mengingat tok test bulan 3 nih.. hehehe 

8 comments:

  1. gatal nye... hahaha... better if both parent agreed.. berkat...

    ReplyDelete
  2. cipa da follow:)hm,,amek awrd k http://nurfazilaharsat.blogspot.com/2011/02/award-utk-sume-follower-cipa.html

    ReplyDelete
  3. lol!
    ingatkan hape, rupenye nak hapal utk test! hihi

    ReplyDelete
  4. wah...islam ada kelongaran ? atau islam memang memberi kesenangan untuk umat dia berkahwin?

    ReplyDelete
  5. Islam tidak memberi kesenangan tok berkahwin, even syarat berkahwin pun kene la ikut... tujuan diatas ADALAH UNTUK MENGELAKKAN MAKSIAT.. berkahwin itu lebih baik dari anda bertenet sambil bergeselan HARAM dan boleh membawa kepada maksiat.

    ReplyDelete
  6. redha LLah Tahta Redha Waalidain...

    " Keredhaan Allah di atas redha kedua Ibu Bapa "

    maka sekadar ingatan kepada kita semua dalam apa yg kita buat jangan sesekali membelakangkan ibu bapa kerana banyak hikmah yg tersembunyi disebaliknya...jika hari hari ini seseorang anak memilih untuk berkahwin tanpa restu kedua ibu bapanya tidak mustahil akan datang anaknya pula akan melakukan demikian...

    langkah terbaik bagi mereka yang belum berkahwin ialah carilah bakal suami atau Isteri yang menampakkan ciri-ciri seorang yang beriman mengatasi ciri-ciri yang lain...insyaAllah calon jenis ini akan direstui Ibu Bapa....

    Persoalan jika calon yang kita pilih memang baik tetapi tidak juga direstui oleh ibu bapa ?

    Jawapannya ialah berdoalah kepada Allah dengan hati yang penuh ikhlas memohon agar Allah berikan yang terbaik untuk kita dan jika sekiranya jodoh itu baik untuk kita maka doakan semoga Allah lembutkan hati kedua ibu bapa untuk terima calon tersebut...Wallahua'lam...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...