There was an error in this gadget

Wednesday, May 25, 2011

Lagi Pasal Laman Penghina Islam Makcikhajjahsittalwuzara2u, Masih Bebas!

Assalamualaikum Wbt dan salam sejahtera...

Hari ni saya mengucapkan terima kasih kepada blogger-blogger yg telah membuang gambar hasil karya beliau yang menghina Islam. Selepas aduan demi aduan dibuat, masih lagi bebas wordpress beliau di internet.

Saya bukan ingin mengambil popularity beliau atau mempopularkan beliau, tetapi sebagai muslim, saya mempunyai tanggungjawab, maka segala aduan telah dibuat melalui email kepada SKMM, Jakim dan biro Pengaduan Awam JPM. Namun hasil yang diberikan ialah "tindakan akan diambil dalam 5 hari bekerja" bagi saya ia agak lewat.

Namun setelah panggilan aduan dibuat keatas SKMM, mereka menyatakan, telah menerima 50 aduan berkenaan beliau, namun mereka tidak boleh memberi jaminan kerana wordpress itu hanya disekat di local service, dan makcik ni telah membuat link baru lalu menyebabkan makin sukar untuk dijejaki dan disekat wordpress beliau.

Saya telah membuat aduan di laman facebook Perdana Menteri, Ketua pembangkang dan pemimpin-pemimpin lain kerana isu ini bukan perkara politik tetapi MELIBATKAN ISLAM SECARA MENYELURUH, saya memohon agar pihak pembaca post ini dapat membuat perkara yang sama bagi membasmi fitnah makcikhajjahsittalwuzara ini..
bagi yang ingin berbuat demikian, saya menasihatkan anda menghantar email bersama bukti (seperti print screen web makcik) seperti berikut:
atau menelefon ke 1-800-888-030 kerana aduan yang diterima hanyalah 50 aduan, kita hendaklah meningkat bilangan aduan agar tindakkan lebih drastik boleh dilakukan... bagi mereka yang berhampiran balai polis, sila buat aduan dengan membuat salinan laman tersebut sebagai bahan bukti..

Kebarangkalian, beliau (makcikhajjahsttalwuzara) akan membuat backup link agar ideologi beliau menghina Islam tercapai, sekiranya anda mendapat link yang baru berkenaan beliau, sila hubungi 1-800-888-030 / email kepada SKMM. bersama kita menjaga kesucian Islam dan keharmonian masyarakat majmuk.

Sekali lagi sekiranya blog anda mempunyai gambar berkenaan beliau, sila buangkan/delete bagi menjaga kesucian ISLAM. kerjasama anda amat saya hargai.

Surat yg diemail kepada saya, Terima Kasih

3 comments:

  1. semakin disebarkan link blog ni lagi byk tersebar ajaran die mungkin?

    ReplyDelete
  2. maaf, tapi tujuan link ini adalah supaya anda dapat bersama-sama membuat laporan berkenaan nya. dan sekiranya anda ada link baru, sila hubungi SKMM secepat mungkin, lagi byk org tahu, lagi byk aduan, lagi cepat tindakan diambil... andai anda tahu siapa beliau, jgn takut just report to the Polis so die boleh di kenakan ISA!

    ReplyDelete
  3. Dah check link tak exist...bythe way kalau disebarkan link ini pun kita sebagai umat islam tak terpengaruh dengan dakyah2 sebegini...tak per... Ini sebagai peringatan kepada semua jangan jenguk link ini..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...