Assalamualaikum dan salam sejahtera...
seperti yang korang tahu, post before ni cite pasal aku pergi wat survey tentang MASALAH PENINGKATAN JENAYAH ROGOL KANAK-KANAK, dan ape yg buat aku terfikir adalah padangan lawyer India ni tentang masalah ni.....
Beliau berpendapat bahawa jika kerajaan Malaysia tingkatkan undang-undang sekalipun masalah tidak akan selesai, beliau memberi contoh seperti masalah dadah, walaupun hukuman mati masih lagi masalah makin meningkat.. (betul jugak) kemudian beliau memberitahu lagi bahawa Tuhan menjadikan manusia berpasang-pasangan dan juga nafsu masing-masing, memang menjadi lumrah guy will having sex with women.. (betul jugak) dan beliau memberi pendapat bahawa menaikkan hukuman bukan cara yang sebenar sepatutnye MEMBERI THERAPY ATAU KAUNSELING KEPADA PESALAH... wah memang tepat...
bagi aku plak, idea atau buah fikiran yg diberikan oleh beliau memang betul, tidak disangkal lagi, tapi dalam Islam hukuman bagi mereka adalah hukuman REJAM SAMPAI MATI, tetapi Islam itu indah, bukan senang nak buktikan, mesti saksi yang cukup, dan andai kate orang yg menuduh itu tipu, die pun bleh dapat hukuman, ha adilkan...
bile kite tgk MALAYSIA itu sendiri, kita tahu walaupun masyarakat Islam merupakan majority kat sini, kita tak bleh applied hukum hudud sebagai undang-undang sebab dlm AKTIKEL 4 Perlembagaan Persekutuan sendiri dah kasi warning ape2 undang-undang yg bertentang ini perlembagaan maka terbatallah undang-undang tersebut.. maknenye klu kita nak HUDUD dijalankan kite kena lah berpakat MENGGUBAL ARTIKEL 4 tersebut klu kita nak apply SYARIAH LAW.. so memang susah... maka cara terbaik adalah DIDIKAN akhlak ISLAM PERLU DITERAPKAN kepada semua,
inilah solution terbaik, jgn sekadar bertudung maka terbukti kita dah cukup Islam dan jgnlah sebab anda ini slalu beribadah maka anda menghina atau menuduh org lain yg bukan-bukan, sebab pernah seorang ulama memberi nasihat cara tebaik untuk mengajak orang berbuat baik ialah, menunjukkan kan akhlak yg baik, mendampingi mereka dan memberi nasihat.. bukan la menghina dan menuduh sesuka hati orang itu sesat dan sebagainya... cermin diri dulu ok...
so memang lari tajuk.. tapi apa yg nak disampaikan ialah, ceh korang fikir, pendapat Lawyer tersebut, walaupun beragama bukan Islam, pemikirannye masih rational.. maka kita hendaklah mengambil contoh yg baik janganla terlampau fanatik Agama sampai diri sendiri menjadi hina. maka bersama-sama kita menunjuk akhlak yang mulia agar membuktikan Islam itu indah dan berjaya menarik minat kaum lain agar Hukum HUDUD diterima semua.... sekian
No comments:
Post a Comment