There was an error in this gadget

Saturday, September 10, 2011

Cukai Topup, Cukai Zaman Moden : Wajarkah 6% itu?

Kecoh satu Malaysia bila pihak telekomunkasi telefon mudah alih memberitahu bahawa cas 6% dikenakan bagi setiap topup yg akan digunakan.

Dalam petikan dari Bernama, kata Rais:"Ini bukan masa yang sesuai untuk melakukan ini sebagai pengumuman begitu tiba-tiba," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu di "bicara Rakyat" program siaran hidup lebih TV1 dari Angkasapuri, di sini, Jumaat.

Rais berkata syarikat-syarikat telekomunikasi perlu mengambil kira hak-hak pengguna sebagai sebahagian daripada mereka telah meraih keuntungan sebanyak RM800 juta kepada RM1.2 bilion setahun.http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=612559

Adakah Rais akan berjaya dalam sidang kabinet nanti untuk 6% ini? Sedangkan isu kenaikan harga ASTRO pun belum selesai, ape ce?

Handphone aku yg berjasa sampai skang, dah 2 tahun tuh

Jika dulu ketika Bajet 2011 dibentangkan, kebanyakkan rakyat (yg maybe gila handphone/ suka menunjuk2/ konon uptodate) kata "HOORAY" kerana TIADA SEBARANG CUKAI DIKENAKAN BAGI SETIAP JUALAN TELEFON BIMBIT, belum habis lagi 2011 keluar pulak 6% for every topup will be deducted! WTF.


Ada yg kate ala berape sen je potong, boleh guna application lain la macam BBM, FB, Twitter dan ape bende ajaib lain la. Tapi setiap applikasi itu menggunakan telefon bimbit yg benilai ratusan ringgit atau mungkin cecah ribuan ringgit. MAMPUKAH SETIAP RAKYAT MEMBELI TELEFON BIMBIT SEBEGITU. Hanya golongan tertentu sahaja yang mampu, dan mungkin kebanyakkan golongan tertentu itu MENGGUNAKAN LINE, so tak perlu topup. Dan harga line PALING MURAH PUN mungkin RM50 sebulan.

Saya sebagai rakyat Malaysia yg hanya mempunyai telefon bimbit yg jenis biasa (bak kate org klu jatuh tangga pun telefon tu boleh tahan lagi, siap klu baling kat anjing pun boleh mati loR), dan saya seorang pelajar dan saya hanya topup RM10 for a month n kadang2 boleh tahan sampai 3 bulan, sebab sy jenis penjimat (haha). Wajarkah SAYA MEMBAYAR 60SEN iaitu sama dengan 60 sms (since pelan pelajar) diberi FREE kepada TELCO yg telah untung berbillion ringgit.?

Bagi mereka yg kurang bernasib baik, 60sen itu berharga, dengan telefon yg ala kadar shj, dan mempunyai keluarga yg jauh dan susah nak balik kampung. Fikirla sikit wei. TOPUP BOLEH DIKATAKAN SETIAP MINGGU BAGI SESETENGAH ORG, TAPI BELI HANDPHONE JUST KLU ROSAK, SO LEBIH BAIK CUKAI JUALAN HANDPHONE DARIPADA CUKAI TOPUP!

DALAM ERTI KATA LAIN, BAGI YG SELALU TOPUP, UMPAMA MAKAN KAT MCD, KFC, OR FAST FOOD LAIN SETIAP HARI. SEBAB KENE SERVICE CHARGE 6% LOL....

(p/s:adakah Malaysia bakal menjadi seperti Israel yg baru2 ini rakyat Israel membuat tunjuk perasaan kerana taraf hidup yg tinggi dan cukai yg terlalu banyak. PERLUKAH REVOLUSI DILAKUKAN BAGI MENEGAKKAN HAK RAKYAT?)

5 comments:

  1. a;ah cuba bayangkan plak dekat kedai2 yang memang dah charge 0.50 sebelum ni sbb agen atas agen, so skang jadi RM 1.10 la...tak patut..

    ReplyDelete
  2. 60 sen tu memang nampak sikit.tapi dalam setahun berapa kali kita topup kan.memang beban la

    ReplyDelete
  3. TOCEY2 kerana menyokong... even PAK NAJIB pun bangkang... HARAP PAK NAJIB BERJAYA MEMBANTRAS 6% NI... RAKYAT DIDAHULUKAN!

    ReplyDelete
  4. rakyat didahulukan 'sgt' laaaa..:P

    ReplyDelete
  5. dyeorg dh untung beriban-riban pun nk kena caj kita jugak ke.. adess..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...