Saturday, March 19, 2011

Bila Diri Di Rasuk Makhluk Halus (Misteri Kesurupan)

my own property

Mengikut wikipedia : Kesurupan adalah bahasa Indonesia bermaksud
"Kesurupan adalah sebuah fenomena disaat seseorang berada di luar kendali dari pikirannya sendiri. Beberapa kalangan mengganggap kesurupan disebabkan oleh kekuatan gaib yang merasuk ke dalam jiwa seseorang." (link)

Maksudnya ialah, seperti seseorang itu dihasut oleh makhluk halus.
Didalam kitab Muhammad Najib Al-Syibli, terdapat 2 jenis bagaimana ia berlaku:

  1. seseorang didalam keadaan yang rosak atau kotor. (ie, kurang beribadah, kotor dari hadas (haid) dan lain-lain)
  2. atau seseorang itu dalam keadaan tubuh badan yang buruk. (ie, anggota badan tidak berfungsi sempurna lagi dan datang secara tiba-tiba)
Di dalam kitab beliau juga ada menceritakan pengalaman dan cara-cara mengubati penyakit dirasuk ini, dan hanya jenis pertama iaitu dimana seseorang itu dalam keadaan kotor jasmani dan rohani boleh diubati manakala jenis yang kedua akan kekal sampai si pesakit mati.

Jenis Pertama;
pesakit perlulah kuatkan diri sendiri dan memohon pada-Nya
dan orang yang mengubati hendaklah mereka yang tinggi ilmunya.

berikut adalah detik-detik peristiwa beliau ketika melihat pesakit dirawat,
Tok Guru : Keluarlah engkau! Sesungguhnya tempat ini tidak halal bagimu,
(dan membaca surah Al-Mukminum ayat 116 dan menghembus ke telinga pesakit)
 (lalu pesakit meraung-raung lalu Tok Guru mengambil kayu dan memukul tengkuk pesakit di sebelah bawah)
Pesakit : Aku mencintainya
Tok Guru : dia tidak mencintai kamu
Pesakit : Aku ingin mengerjakan haji bersamanya
Tok Guru : tetapi die tidak ingin mengerjakan haji bersamamu
Pesakit : Baiklah! Aku akan meniggalkannya demi menghormatimu
Tok Guru : Tidak! Tetapi demi taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Pesakit : Baiklah Aku akan keluar.
(setelah itu pesakit sedarkan diri dan berasa hairan mengapa ada Tok Guru dan selepas diceritakan pesakit menyatakan tidak sakit ketika dipukul)
disini beliau menasihatkan kepada pembaca agar mengamalkan ayat Kursi dan Muaidzatain (Surah al-Falaq dan an-Nas)

Bagi Jenis yang kedua, ia tidak dapat di ubati.

Dari 'Atha bin Abi Radah, ia berkata:
"Ibnu Abbas berkata: "Mahukah kamu aku tunjukkan seorang wanita ahli syurga?" jawabku: "Tentu." Ia berkata: "Inilah dia, wanita hitam ini. Ia telah datang kepada Nabi SAW dan berkata: "Sesungguhnya aku ini seorang penderita penyakit kesurupan (dirasuk) dan (ketika penyakit itu datang) aku membuka aibku (sendiri). Maka tolonglah kamu doakan aku kepada Allah. Nabi berkata: "Jika kamu mahu maka bersabarlah, kamu berhak mendapat syurga. Dan jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia memberikan kesembuhan kepadamu. Maka wanita itu berkata: "Aku akan sabr. Dan kerana aku membuka sendiri aibku, (ketika penyakit datang), maka tolonglah (Ya Rasulullah) doakan kepada Allah agar aku tidak membuka aibku. Lalu Nabi SAW mendaokan wanita itu." (riwayat Bukhari dan Muslim)

disini menunjukkan wanita itu tidak memilih untuk disembuhkan penyakit itu sebaliknya beliau memilih SABAR.. dan beliau dijanjikan syurga oleh Rasulallah SAW.

Pengajarannya disini, kita hendaklah banyakkan beramal, berzikir serta mengamalkan ayat Kursi dan Muaidzatain (Surah al-Falaq dan an-Nas) agar di hindari dari rasukkan makhluk halus.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...