Monday, February 14, 2011

Petua Nak Cantik dan Kacak

Assalamulaikum...
Info plus Fun


Kulit Cantik, Mengangkan dan Menghilangkan Jerawat
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan Lobak Merah yg telah dihancurkan .

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

(klu x berkesan, tonyoh tempat yg tak cantik tu kat jalan tar, waktu mujarab time matahari tepat atas kepala dan waktu panas @ 12 PM)

Segarkan Mata
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
(Pakai Eyemore xpun Permata Hijrah, klu minum Innershine bleh jadi macam Maya Karin, klu x berjaya, korek biji mata tu dan rendam ngan air clorox.. conferm  buta)

Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.
(still x berjaya, pakai rambut palsu atau cap.. nak lagi cantik bagi wanita muslim, pakalilah TUDUNG!)

Tubuh Ramping
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air Limau Nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.
(klu xberjaya gak jumpa Dr Rozmy makan Mate 5, still xda hasil p tempat orang yg ngah wat jalan, baring atas jalan n wait for jentera perata jalan.. nak mudah potong ngan pisau ikut kesukaan bentuk anda..Gilo Natang Nih!)


Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
(Pakaila deodorant, klu Dashing jadi Remy Ishak, klu pakai minyak wangi macam Faizal Tahir bleh dpt suara macam die n bile org lalu dorng pun kata "WANGI".)




so stakat ini petua yg dpt aku kongsi... Nanti aku update lg, if takda hasil dari petua ni salahkan org tua-tua, sebab dorg yg bagitau, aku sampaikan je..
(p/s : petua ni betul dari orang tua cuma aku add skit dlm bahagian kurungan je. jangan mara no....)  

1 comment:

  1. aku suka yang bertanda merah-merah tu. :P baik punya idea.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...